Thursday, June 30, 2011

LARIAN SATU MALAYSIA & PERJUMPAAN WARIS

Larian 1 Malaysia akan diadakan pada sabtu - 2/7/2011, jam 730 pagi.
Perjumpaan waris akan di adakan pada hari yang sama jam 10 pagi hingga 12 tghari.

harap maklum.

Wednesday, May 18, 2011

QIAMULLAIL

Insyaallah akan diadakan pada 20/5/2011 jumaat ini.
Para waris pelajar diharap dapat memberi sedikit ruang untuk anak-anak
mengikuti program ini sebelum diambil utk pulang ke rumah. Kalau perlu mereka boleh dibawa pulang pada hari sabtu setelah selesai program tersebut jam 8.30 pagi 21/5/2011.
Semoga ianya dapat membentuk keperibadian unggul anak-anak kita.

wassalam....

Tuesday, May 10, 2011

PULANG BERMALAM 13/5/2011

Salam...

Para waris yang dihormati....

Program Asrama Terbuka yang dijadualkan pada minggu depan seperti yang tercatat dalam takwim sekolah .... ditangguhkan .
Oleh yang demikian para pelajar dibenarkan pulang bermalam pada minggu ini.

harap maklum.

Wednesday, April 13, 2011

PULANG BERMALAM

PARA WARIS YANG BUDIMAN,............ MINGGU INI ( 15 APR 2011 ) PELAJAR TINGKATAN 1,2 & 4 DIBENARKAN PULANG BERMALAM MEMANDANGKAN PADA MINGGU HADAPAN SEKOLAH KITA TERLIBAT DENGAN 2 ACARA BESAR IAITU KAWAD PERINGKAT DAERAH DAN "ASAT" PERINGKAT NEGERI. PUN BEGITU , BAGI WARIS ATAU PELAJAR YANG TIDAK MAHU PULANG DIBENARKAN UNTUK TINGGAL DI ASRAMA BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 3 & 5. SEKIAN HARAP MAKLUM.

Thursday, February 24, 2011

GANGGUAN LETRIK DAN AIR

Para ibubapa, waris yang budiman...

Gangguan letrik dan air dijangka akan berlaku pada hari ahad ini 27/FEB/2011 di seluruh kawasan sekolah atas sebab pembaikan sistem tersebut.

Oleh itu para pelajar dibenarkan pulang pada hari jumaat 25/FEB/2011 bagi mengelakkan kesulitan pelajar. Para waris boleh mengambil anak2 dan menghantar balik seperti biasa.

Sekian harap maklum.